Jika hal ini terjadi, cuba tengok balik apa yang korang dah buat masa Ramadhan lepas. Ingat, kunci untuk menurunkan berat badan adalah konsistensi untuk mengubah tabiat buruk dan mengatur semula pola makanan.
Berikut adalah beberapa tips yang korang boleh terapkan masa bulan Ramadhan yang akan datang ni:
Jangan lewatkan makan sahur
Sahur bantu korang kawal diri supaya tidak makan secara berlebihan waktu berbuka nanti. Jadi, jangan lewat-lewatkan sahur dan pastikan pemilihan menu makanan tu diseimbangkan dengan karbohidrat kompleks dan makanan berserat. Janganlah selalu sangat makan makanan yang bergoreng eh kalau nak kurus.
![]() |
| via Kevin Zahri |
Makan secara perlahan dengan 'portion' secukupnya
Makanan yang tak dikunyah dengan baik akan sukar untuk dicernakan. Oleh itu, perut korang akan mengalami gangguan pencernaan. Jadi, cuba bangun sahur lebih awal dan nikmatilah waktu sahur bersama keluarga.
Kunyah makanan secara perlahan agar otak korang 'sedar' bila masa perut sudah bagi 'signal' kenyang dan berhenti makan. Beri sedikit ruang untuk perut bernafas.
Hindari tidur selepas sahur
via GIPHY
Yang ni mesti ramai susah nak buat kan? Apa kata sementara tunggu waktu azan berkumandang tu, lakukan senaman ringan untuk menggantikan perasaan mengantuk tu. Tips ni akan buat korang segar sepanjang hari. Jangan berlari pula ya, takut tengah hari nanti buka peti sejuk.
Jaga tubuh agar tetap terhidrasi
Kekurangan air akan buatkan korang 'dehidrate' di siang hari. Cuba untuk minum 2 gelas air pada waktu sahur, 2 gelas sewaktu berbuka dan 4 gelas dari makan malam sehingga menjelang waktu tidur. Selain itu, banyakkan juga buah-buahan yang memiliki kandungan air yang tinggi seperti tembikai, kurma, timun, kelapa dan anggur.


Tidak ada komentar:
Posting Komentar